Wednesday, February 24, 2010

Barang Kemas Saduran Emas Zhulian





PROFIL PROSES PENGHASILAN BARANGAN KEMAS ZHULIAN


Reka bentuk model baru dihasilkan oleh para pereka mahir yang membentuk model dengan bahan campuran aloi perak. Selepas pemanasan, aloi ini kemudiannya diubah kepada bentuk yang diinginkan.

Keunggulan ZHULIAN dalam bidang ini memang tidak dapat ditandingi dan terbukti melalui keghairahan para pelanggannya yang menanti setiap keluaran produk terbaru dengan penuh debaran.

Reka bentuk model baru yang disediakan kemudiannya dipadatkan bersama getah bersilikon untuk dipanas dan dimampatkan bagi membentuk acuan getah. Kemudian, acuan getah disejukkan dan dipotong dengan teliti untuk mengeluarkan model asal. Acuan getah lalu dicantumkan semula dan rongga didalamnya disuntik dengan lilin untuk menghasilkan model lilin. Diperingkat ini setiap model lilin diperiksa untuk mengesan sebarang kecacatan sebelum disusun secara berkeliling membentuk "pohon lilin". Pohon lilin dipindahkan ke proses selanjutnya.

Kedai online : http://www.lelong.com.my/merchant/default.asp?UserID=hairi5325&show=List&T=&C1=52705

Pohon lilin dimasukkan kedalam silinder acuan dan dipenuhkan dengan larutan serbuk pembauran (investment powder). Mesin penyedut vakum digunakan untuk mengeluarkan udara dari dalam bekas. Silinder acuan seterusnya diletakkan dalam ketuhar pemanas untuk mengering dan mengeraskan larutan serbuk pembauran bagi menghasilkan bentuk acuan lilin. Pemanasan selanjutnya akan meleburkan lilin dan rongga yang terbentuk diisi dengan logam lebur untuk melengkapkan reka bentuk. Kecacatan diperiksa untuk dibaiki semula manakala acuan logam yang memenuhi piawaian dihantar ke Jabatan Pemasangan.

Jabatan Pembuatan Rantai memiliki mesin dan peralatan canggih khusus untuk pengeluaran rantai secara automatik. Dibentuk dari dawai aloi kukuh, rantai dipintal menjadi beberapa jenis yang berbeza bentuk, pusingan dan kepanjangan. Tahap piawaian pengeluaran yang tinggi memastikan hanya rantai yang memenuhi garis panduan sahaja diterima untuk proses selanjutnya. Ketahanan dan kekukuhan rantai adalah faktor yang dinilai penuh teliti pada peringkat ini.


Proses tempaan digunakan sebagai pilihan kepada barangan kemas yang tidak dapat dihasilkan melalui acuan logam. Di Jabatan ini keronsangan, gelang, cincin, loket dan berbagai barangan ditempa menjadi reka bentuk menawan dengan ketebalan dan saiz yang berbeza.

Kejituan adalah kunci utama dibahagian ini di mana semua barangan diperiksa dengan teliti dan ditentukan ukuran dengan perhatian terperinci. Ini merupakan penekanan mantap ZHULIAN dalam menghasilkan produk bermutu tinggi.

Kebanyakan barangan kemas dihasilkan dari cantuman pelbagai bahagian. Para tukang mahir akan mengabungkan semua bahagian berbeza ini menjadi satu unit lengkap. Jabatan ini turut terlibat dalam kerja-kerja mengikir, mengetuk dan memateri. Mereka juga bertanggungjawab memastikan panjang rantai dan aspek-aspek penting seperti saiz cincin, kualiti pemasangan batu permata dan kilauan permukaan dipelihara setiap masa. Peralatan khas untuk memateri, mengilat dan mengikir turut digunakan.


Jabatan Pengukiran bertanggungjawab menghasilkan reka bentuk halus dan berseni yang menghiasi barangan kemas ZHULIAN. Kerja tangan yang mantap dan pengalaman yang kukuh amat diperlukan untuk menyempurnakan tugas yang rumit ini. Semua pakar ini dilengkapi dengan peralatan canggih untuk meningkatkan kawalan mereka ke atas objek yang dicipta dan menjamin piawaian mutu yang tertinggi.

Nilam, delima dan zamrud sintetik adalah antara sebahagian daripada batu permata sintetik yang dipasangkan pada cincin, gelang tangan dan rantai. ZHULIAN turut mengimport batu sintetik popular 'cubic zirconia' untuk penghasilan barangan kemasnya. Kecantikan yang berkilauan inilah yang menambahkan lagi gemerlapan indah kebanyakan produk ZHULIAN. Pandangan yang teliti, kecekapan yang tinggi dan kerja tangan yang hebat adalah keperluan penting bagi kemahiran rumit dan mencabar ini.

Kedai Online : http://www.lelong.com.my/merchant/default.asp?UserID=hairi5325&show=List&T=&C1=52705

Sebelum semua barangan kemas dihantar untuk penyaduran emas, ianya dibawa ke Jabatan Pengilapan untuk digilap dan dibersihkan. Di sini semua kekotoran disingkirkan dan permukaan barangan kemas diberikan kilauan bersinar untuk memastikan produk tidak tercemar. Pelbagai jenis pengilap digunakan untuk tujuan ini.

Peringkat penamat dalam proses pengeluaran yang mengutamakan penyelidikan dan ketepatan ini berakhir di Jabatan Penyaduran. Di sini, semua barangan kemas Zhulian diberikan saduran yang berkaitan sama ada emas atau rhodium. Sebelum setiap barangan disadur, ianya dicelupkan di dalam basuhan kimia bermutu tinggi untuk menyingkirkan kekotoran di atas permukaan. Proses ini amat penting kerana ia mempunyai kesan langsung terhadap ketahanan saduran. Setelah proses basuhan selesai, setiap barangan diletakkan di dalam basuhan elektrolisis yang dikawal dan diselia dengan teliti untuk proses saduran.


Kegiatan penyelidikan & perkembangan produk ZHULIAN terbahagi kepada 2 bidang utama iaitu :

Pembangunan Produk

Jabatan Pembangunan Produk bertanggungjawab menghasilkan reka bentuk baru barangan kemas demi mengekalkan budaya ZHULIAN dalam menghasilkan model terkini yang menarik dan menawan bagi memenuhi perubahan citarasa para pelanggannya.

Penyelidikan Makmal & Analisis

Sebagai peneraju terunggul industri barangan kemas, ZHULIAN sentiasa mencari kaedah penghasilan produk yang terbaik demi menjamin mutu barangannya. Bagi memenuhi matlamat tersebut, Jabatan Penyelidikan Makmal & Analisis sering menjalankan kajian maklumbalas dan analisis data makmal yang mengunakan teknik penganalisaan terkini untuk merangka kaedah pengeluaran terbaik bagi mengoptimakan pengeluarannya.

Kegemilangan ZHULIAN ditentukan oleh taraf piawaian tanpa komprominya, dari pemilihan sumber bahan awal sehingga ke proses saduran. Komitmen yang padu dan piawaian kawalan mutu tertinggi inilah menjadikan produk ZHULIAN terkenal dengan ketahanan, keindahan dan kecermelangan kualiti yang amat sempurna.

Kawalan Kualiti Menyeluruh dipraktikan dengan teguh di setiap peringkat proses pengeluaran. Prosedur yang terbukti berkesan ini membolehkan pengurangan kesilapan ke tahap paling minimum dan ia merupakan pusat ke arah pengwujudan budaya yang mengutamakan mutu.

Dari Permata berkualiti cubic zirconia sehingga bahan kimia penyaduran bermutu, semua komponen terlibat diperiksa rapi dan diulangi pemeriksaan demi memenuhi taraf piawaian kualiti tertinggi. Kilauan gemerlapan yang mencirikan setiap produk ZHULIAN merupakan bukti nyta terhadap keunggulan Kawalan Kualiti ZHULIAN yang menjanjikan hasil saduran dan gilapan sempurna setiap masa.

Di ZHULIAN, kami telah mengaplikasikan satu sistem pengkomputeran yang unik dan efektif untuk membungkus dan menangani jumlah stok yang besar setiap hari. Jabatan Pengedaran bertanggungjawan mengasingkan setiap produk mengikut kategori, membungkus dan menandakan mereka untuk diedarkan ke pelbagai destinasi.

Tanda harga dan keselamatan, kotak menarik dan uncang penyimpan disediakan bersama dengan dokumentasi berkaitan untuk mengawal setiap pengedaran.

Rangkaian luas produk barangan kemas ZHULIAN didukungi oleh jaringan perkhidmatan hebat yang memberi khidmat kepada pelanggan kami di seluruh dunia. Pengkalan data pelanggan kami dan jadual penghantaran yang berteknologi komputer menjanjikan perkhidmatan yang cepat, efisien dan dipercayai setiap masa. ZHULIAN memberi sepenuh tumpuan untuk memastikan para pelanggan menikmati perkhidmatan yang memuaskan walau di mana jua. Kakitangan perkhidmatan pelanggan kami sentiasa sedia membantu anda setiap masa.

Sebagai syarikat yang bertanggungjawab dan mementingkan alam sekitar yang sejahtera, ZHULIAN telah menyediakan loji rawatan sisa buangan udara, kimia dan cecair dengan berkesan. Dengan mewujudkan kelengkapan moden tersebut dan penggunaan bahan kimia bermutu di samping taraf piawaian tertinggi yang diamalkan di Jabatan Penyaduran, ZHULIAN amat berbangga dengan rekod latar belakangnya dalam memastikan persekitaran yang selamat dan bebas dari pencemaran yang membahayakan.

Sila klik di laman web dibawah untuk melihat barang kemas


Kedai Online : http://www.lelong.com.my/merchant/default.asp?UserID=hairi5325&show=List&T=&C1=52705

Siti Hawa : 013-3993254